PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA

Oleh: Che Aleha Ladin
Md Nasir Ibrahim
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif,
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim Perak, Malaysia

Sejajar dengan matlamat UNESCO, penilaian dan pentaksiran merupakan salah satu pendekatan dan strategi untuk meningkatkan kualiti Pendidikan Seni. Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan satu dimensi dalam menyediakan pelajar memperoleh pengetahuan melalui kaji selidik dan penglibatan dalam kerja artistik secara autentik. Proses yang dilalui oleh pelajar semasa pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah boleh meningkatkan tahap pengalaman, pembelajaran dan struktur yang fleksibel dalam menyediakan penggunaan ilmu pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, penekanan kepada pentaksiran autentik menjadi perkara penting dalam proses pelaksanaannya. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah dalam konteks Malaysia. Satu kajian kes kualitatif telah dijalankan menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual terhadap pentaksir kawasan, guru dan pelajar tingkatan lima. Dapatan kajian menunjukkan terdapatnya prosedur dan proses birokrasi dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi menjamin ketulenan pentaksiran. Pelaksanaannya di bilik darjah juga menekankan proses dan penghasilan produk seni. Kajian juga mendapati bahawa guru memainkan peranan penting dalam menyediakan kegiatan pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran yang bersesuaian dengan latar belakang, persekitaran dan keupayaan sebenar pelajar.

Kata kunci: pentaksiran berasaskan sekolah, pentaksiran autentik, proses dan produk.

Link PDF

Imaji adalah sebuah kerja akal dalam mengembangkan suatu pemikiran yang lebih luas dari apa yang pernah dilihat, dengar, dirasakan yang pada akhirnya dapat menghasilkan sesuatu yang bersifat produktif dan kreatif

Leave a Reply